top of page



MAHASISWA PEARL UniSZA BAWA SUARA PESONA FM KE KONTI TERENGGANUfm
KUALA TERENGGANU, 15 November 2026 – Mahasiswa Performing Arts Leadership (PEARL) iaitu, saudara Muhammad Nur A’sif bin Md Noor (CEO Apprentice - Pesona FM) daripada Fakulti Bahasa & Komunikasi (FBK) telah menghadiri jemputan sebagai personaliti undangan dalam Rancangan Silang Budaya Terengganufm 2026 terbitan Jabatan Penyiaran Negeri Terengganu (RTM). Siaran yang berlangsung secara langsung dari Konti Terengganufm, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu itu membawa tema Radio Komu
pkw703
7 days ago1 min read


Penghargaan daripada Pengurusan Tertinggi UniSZA kepada semua warga kerja dan mahasiswa kelab kesenian sempena Majlis Apresiasi Petugas Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA kali ke-18
Pengarah Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA memanjangkan penghargaan daripada Pengurusan Tertinggi UniSZA kepada semua warga kerja dan mahasiswa kelab kesenian yang telah bertungkus lumus, berkorban masa dan mencurah bakti dalam melaksanakan perancangan dan gerak kerja dengan cemerlang semasa menjayakan Sidang Konvokesyen dan Ekspo Konvokesyen Sempena Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA 2026. Semoga semuanya dibalas dengan keberkatan ilmu dan sumber rezeki yang diberkati. Jiwa
pkw703
7 days ago1 min read


Mahasiswa jadi penggerak pencungkilan bakat seni, ‘Mahameru Talent Hunt’ buka ruang kreativiti
BESUT – Mahasiswa bukan sekadar penerima manfaat daripada aktiviti universiti, malah berupaya menjadi penggerak utama dalam mencorakkan landskap kesenian dan kebudayaan kampus. Semangat ini dizahirkan menerusi penganjuran sesi audisi Mahameru Talent Hunt Besut Chapter oleh Kelab Kesenian De’Mahameru Besut Chapter, salah sebuah kelab di bawah naungan Pusat Kesenian dan Warisan (PKW), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Berlangsung di Auditorium Ibnu Khaldun, Kampus Besut
pkw703
7 days ago2 min read


4 UA Zon Timur@Kampung Pasir Panjang Laut Kekal Meriah Sehingga Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah
MANJUNG, 26 Oktober 2026 – Seni puisi dan lagu rakyat terus menjadi wadah penting dalam memelihara warisan budaya bangsa apabila Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa 2026 melabuhkan tirainya menerusi Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah yang berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Muhammad Saman, Manjung, Perak. Majlis tersebut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Rashidi bin Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pendidikan Tinggi, serta YBhg. Dato’ Pro
pkw703
7 days ago2 min read


SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI DAN PERTANDINGAN DUET LAGU ASLI DAN RAKYAT SEMPENA FESTIVAL PUISI DAN LAGU RAKYAT ANTARABANGSA 2026
PASIR PANJANG LAUT, 23 Oktober 2026 – Sayembara Deklamasi Puisi dan Pertandingan Duet Lagu Asli dan Rakyat telah berlangsung sempena Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa 2026 pada jam 9.00 malam bertempat di Dewan Terbuka, Kampung Pasir Panjang Laut, Manjung, Perak. Bagi membolehkan orang ramai turut menyaksikan kemeriahan acara ini, siaran langsung telah disiarkan menerusi YouTube Pesona FM UniSZA yang dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa Performing Arts and Leaders
pkw703
7 days ago1 min read


PULARA 2026 TONJOL KERJASAMA 4 UNIVERSITI AWAM ZON TIMUR DALAM MEMARTABATKAN SENI WARISAN
PASIR PANJANG LAUT, 23 Oktober 2026 – Video rangkuman Sayembara Deklamasi Puisi dan Pertandingan Duet Lagu Asli dan Rakyat sempena Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026 merakamkan kemeriahan sebuah acara yang bukan sahaja mengangkat seni dan budaya, malah memperlihatkan kekuatan kerjasama antara empat Universiti Awam (UA) Zon Timur. Berlangsung pada jam 9.00 malam di Dewan Terbuka, Kampung Pasir Panjang Laut, Manjung, Perak, acara ini menghimpunkan mahasis
pkw703
7 days ago2 min read


MAHASISWA UniSZA NAIB JOHAN DENDANGAN SYAIR GMK 2026!
KUANTAN, 24 Oktober 2026 – Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Zaem Akhtar bin Mohd Yazid, mengharumkan nama universiti apabila berjaya meraih Naib Johan Pertandingan Dendangan Syair sempena Malam Kemuncak Gema Melayu Klasik (GMK) 2026 Peringkat Kebangsaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan, Pahang. Kejayaan ini membuktikan keupayaan mahasiswa UniSZA dalam menghayati dan mengangkat seni warisan Melayu, khususnya seni dend
pkw703
7 days ago1 min read


MAHASISWA PEARL BERSUARA DI PODCAST EKSKLUSIF PULARA 2026!
25 OKTOBER 2026, Manjung – Mahasiswa Performing Arts Leadership (PEARL), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Fateha Yasmien binti Shirzli Imri, mencipta peluang bermakna apabila tampil sebagai panel mahasiswa dalam Podcast Siri Khas What Say You? Bersama Dato’ NC UniSZA @ PULARA 2026 menerusi platform PESONA FM. Membawakan tajuk “Ada Ijazah, Ada Jiwa? Seni, Budaya dan Masyarakat Membentuk Khalifah Masa Hadapan”, sesi ini mengetengahkan perbincangan tentang peranan seni,
pkw703
7 days ago1 min read


BUSKING 4 UA ZON TIMUR: SENI MENYATUKAN MAHASISWA DAN KOMUNITI!
PASIR PANJANG LAUT, 25 OKTOBER 2026 – Semangat kesenian, kebersamaan dan keterlibatan mahasiswa bersama komuniti terserlah menerusi Pertandingan Busking 4 Universiti Awam (UA) Zon Timur sempena Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026 di Dewan Sekolah Kebangsaan Muhammad Saman, Pasir Panjang Laut. Pertandingan ini menyaksikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merangkul tempat pertama, diikuti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di tempat kedua dan Unive
pkw703
7 days ago1 min read


HUJAN MENGUJI, PEARL MEMBUKTIKAN KECEKAPAN!
PASIR PANJANG LAUT, 25 Oktober 2026 – Hujan tidak mematahkan semangat mahasiswa Performing Arts Leadership (PEARL), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), yang terus komited memastikan persiapan hari ketiga Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026 berjalan lancar di Kampung Pasir Panjang Laut. Menggalas tanggungjawab sebagai Stage Manager dan Production Manager, mahasiswa PEARL mempamerkan kecekapan pengurusan, ketangkasan membuat keputusan serta kebolehan
pkw703
7 days ago1 min read


PULARA 2026 TONJOL KERJASAMA 4 UNIVERSITI AWAM ZON TIMUR DALAM MEMARTABATKAN SENI WARISAN
PASIR PANJANG LAUT, 23 Oktober 2026 – Video rangkuman Sayembara Deklamasi Puisi dan Pertandingan Duet Lagu Asli dan Rakyat sempena Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026 merakamkan kemeriahan sebuah acara yang bukan sahaja mengangkat seni dan budaya, malah memperlihatkan kekuatan kerjasama antara empat Universiti Awam (UA) Zon Timur. Berlangsung pada jam 9.00 malam di Dewan Terbuka, Kampung Pasir Panjang Laut, Manjung, Perak, acara ini menghimpunkan mahasis
pkw703
7 days ago2 min read


PESONA FM RAKAM DETIK MENTERI PENDIDIKAN TINGGI RASMIKAN PULARA 2026
MANJUNG, 25 Oktober 2026 – Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026 melakar satu lagi detik bermakna apabila majlis perasmiannya disempurnakan oleh YB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir selaku Menteri Pendidikan Tinggi, sekali gus menyemarakkan usaha memartabatkan seni, budaya dan warisan bangsa di persada antarabangsa. Keistimewaan majlis ini turut dirakamkan oleh PESONA FM UniSZA, yang memainkan peranan sebagai Radio Internet 24 jam kendalian mahasiswa
pkw703
7 days ago1 min read


DEWAN PERDANA UniSZA SESAK DENGAN 1,500 ORANG MAHASISWA
KUALA NERUS, 23 Oktober 2026 – Program Bumi Abidin Berselawat 3.0 anjuran Kelab Kesenian Hadi Ar-Rukban di bawah naungan Pusat Kesenian & Warisan telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan penghayatan di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), bermula pada pukul 7.00 malam hingga 11.30 malam. Program ini menghimpunkan para pencinta selawat dalam suasana yang sarat dengan ketenangan, penghayatan rohani dan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SA
pkw703
7 days ago1 min read


50 ‘Future Caliph’ UniSZA Bakal Meriahkan PULARA 2026
Perancangan dan gerak kerja bersama Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dan pemimpin komuniti setempat diterjemahkan melalui pelabelan UA Zon Timur@Kg Pasir Panjang Laut yang mencerminkan semangat kebersamaan, kesinambungan kepimpinan serta komitmen PEARL dalam memartabatkan seni dan budaya, di samping memperkukuh hubungan antara generasi mahasiswa dan komuniti. Menerusi penyertaan dalam pelbagai pertandi
pkw703
7 days ago1 min read


MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT EMPAT UNIVERSITI AWAM ZON TIMUR SEMPENA FESTIVAL PUISI DAN LAGU RAKYAT ANTARABANGSA 2026
MANJUNG, 23 Oktober 2026 – Majlis Penyerahan Anak Angkat Empat Universiti Awam Zon Timur telah berlangsung dengan meriah pada 23 Oktober 2026 bertempat di Dewan Terbuka, SK Muhammad Saman, Manjung, Perak, bersempena dengan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa 2026. Majlis dimulakan dengan persembahan silat pada jam 3.00 petang. Program ini melibatkan empat universiti awam, iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK),
pkw703
7 days ago1 min read


MAHASISWA PEARL SERLAH BAKAT SENI DAN KREATIVITI, TONJOL KETERANGKUMAN BAKAT
KUALA NERUS, 17 Oktober 2026 – Persembahan Gamelan dan Busking Mahameru memeriahkan Majlis Tamat Latihan Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah (KOR SUAR) dan Penganugerahan Sijil Kadet Integriti Muda Kohort 4/2026 menerusi penglibatan mahasiswa PEARL yang mengetengahkan bakat seni, kreativiti dan kemahiran pengurusan acara. Persembahan yang menggabungkan alunan muzik tradisional gamelan dengan hiburan busking itu bukan sahaja menyerlahkan kepelbagaian bakat mahasiswa, ma
pkw703
Nov 171 min read


De’Mahameru Jadi Nadi Persembahan UniSZA Graduate School Hooding Ceremony 2026
KUALA NERUS, 8 Oktober 2026 – Penglibatan Performing Arts Leadership (PEARL) menerusi Band Muzik De’Mahameru menyerlahkan lagi kemeriahan UniSZA Graduate School Hooding Ceremony 2026 yang berlangsung sempena Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2026. Band Muzik De’Mahameru yang terdiri daripada mahasiswa berbakat PEARL menjadi nadi kepada persembahan muzik sepanjang majlis, sekali gus memberikan sentuhan artistik yang segar dan berprestij kepa
pkw703
Nov 171 min read


De’Mahameru Bakal Gegarkan Pentas Bersama Dato’ Ameng
KUALA NERUS, 9 Oktober 2026 – Pentas Ekspo Konvokesyen UniSZA 2026 bakal menyaksikan satu persembahan istimewa apabila kumpulan mahasiswa De’Mahameru tampil beraksi bersama karyawan seni tanah air, Dato’ Ameng, menerusi persembahan “Dato’ Ameng Bersama De’Mahameru: The Legend Meets Gen Z”. Persembahan yang dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober 2026, jam 9.00 malam di Tapak Ekspo Konvokesyen UniSZA itu bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, malah menjadi cerminan kepada u
pkw703
Nov 172 min read


UniSZA Got Talent: Anugerah Bakat Insani Platform Mahasiswa Asah Kepimpinan dan Pengurusan Acara
KUALA NERUS, 9 Oktober 2026 – Program UniSZA Got Talent: Anugerah Bakat Insani yang berlangsung dari jam 9.00 malam hingga 11.15 malam di Tapak Ekspo Konvokesyen UniSZA berjaya menghimpunkan bakat mahasiswa dan kakitangan universiti menerusi persembahan kreatif secara solo dan berkumpulan. Program yang dianjurkan sempena Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kali Ke-18 itu bukan sahaja menjadi pentas mengetengahkan bakat seni warga universiti,
pkw703
Nov 172 min read


PEARL dan MPP Raih Geran PayNet Digital Campus 5.0
KUALA NERUS, 7 Oktober 2026 – Barisan Performing Arts Leadership (PEARL) dengan dukungan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencipta satu lagi kejayaan membanggakan apabila berjaya mendapatkan Geran PayNet Digital Campus 5.0 berjumlah RM20,000.00. Pencapaian tersebut membuktikan komitmen, kreativiti dan kesungguhan mahasiswa UniSZA dalam mengetengahkan idea-idea inovatif yang berpotensi memberikan impak positif kepada komuniti kampus sert
pkw703
Nov 171 min read
bottom of page