top of page
Search

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI DAN PERTANDINGAN DUET LAGU ASLI DAN RAKYAT SEMPENA FESTIVAL PUISI DAN LAGU RAKYAT ANTARABANGSA 2026

7 days ago
1 min read

PASIR PANJANG LAUT, 23 Oktober 2026 – Sayembara Deklamasi Puisi dan Pertandingan Duet Lagu Asli dan Rakyat telah berlangsung sempena Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa 2026 pada jam 9.00 malam bertempat di Dewan Terbuka, Kampung Pasir Panjang Laut, Manjung, Perak.



Bagi membolehkan orang ramai turut menyaksikan kemeriahan acara ini, siaran langsung telah disiarkan menerusi YouTube Pesona FM UniSZA yang dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa Performing Arts and Leadership (PEARL).



Penganjuran acara ini menjadi platform untuk mengetengahkan bakat mahasiswa dalam bidang seni persembahan, di samping menghayati keindahan puisi serta memartabatkan lagu asli dan lagu rakyat sebagai warisan budaya bangsa.



Diharapkan program seumpama ini dapat terus menyemarakkan kecintaan terhadap seni dan budaya serta memperkukuh usaha melestarikan warisan untuk generasi akan datang.

4 UA ZON TIMUR MEMELIHARA WARISAN


Future Caliph, Demi UniSZA!


 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating

Laman web ini diselia oleh:

​

Pusat Kesenian dan Warisan

Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Email : pkw@unisza.edu.my

​

  • Facebook
  • Instagram

LOKASI PKW

bottom of page