top of page
Search

MAHASISWA PEARL BERSUARA DI PODCAST EKSKLUSIF PULARA 2026!

7 days ago
1 min read

25 OKTOBER 2026, Manjung – Mahasiswa Performing Arts Leadership (PEARL), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Fateha Yasmien binti Shirzli Imri, mencipta peluang bermakna apabila tampil sebagai panel mahasiswa dalam Podcast Siri Khas What Say You? Bersama Dato’ NC UniSZA @ PULARA 2026 menerusi platform PESONA FM.


Membawakan tajuk “Ada Ijazah, Ada Jiwa? Seni, Budaya dan Masyarakat Membentuk Khalifah Masa Hadapan”, sesi ini mengetengahkan perbincangan tentang peranan seni, budaya dan nilai kemasyarakatan dalam membentuk generasi masa hadapan yang bukan sahaja berilmu, malah memiliki jiwa, jati diri dan penghargaan terhadap warisan bangsa.



Perbincangan ini dimoderatorkan oleh Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, dengan menampilkan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Haji Rashidi bin Ibrahim, serta Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), YBhg. Professor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff.



Penyertaan Fateha Yasmien, yang juga CEO Apprentice PESONA TV dan Bendahari PEARL, membuktikan bahawa mahasiswa bukan sekadar menimba ilmu di bilik kuliah, tetapi turut berperanan sebagai suara generasi muda dalam membicarakan masa depan seni, budaya dan masyarakat.


Lebih daripada sekadar perbincangan, podcast ini menjadi ruang pertukaran pandangan antara kepimpinan universiti, tokoh pendidikan dan mahasiswa dalam memperkukuh kesedaran bahawa kecemerlangan akademik perlu seiring dengan pembentukan jiwa, akhlak dan kecintaan terhadap warisan bangsa.


Penyertaan ini turut menyerlahkan peranan PEARL dalam melahirkan mahasiswa yang berani bersuara, berfikiran matang dan mampu menghubungkan seni warisan dengan aspirasi generasi masa hadapan.


🤝 4 UNIVERSITI AWAM ZON TIMUR, SATU MISI MEMELIHARA WARISAN!


Future Caliph, Demi UniSZA!


 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating

Laman web ini diselia oleh:

​

Pusat Kesenian dan Warisan

Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Email : pkw@unisza.edu.my

​

  • Facebook
  • Instagram

LOKASI PKW

bottom of page