top of page
Search

PEARL dan MPP Raih Geran PayNet Digital Campus 5.0

Nov 17
1 min read

KUALA NERUS, 7 Oktober 2026 – Barisan Performing Arts Leadership (PEARL) dengan dukungan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencipta satu lagi kejayaan membanggakan apabila berjaya mendapatkan Geran PayNet Digital Campus 5.0 berjumlah RM20,000.00.


Pencapaian tersebut membuktikan komitmen, kreativiti dan kesungguhan mahasiswa UniSZA dalam mengetengahkan idea-idea inovatif yang berpotensi memberikan impak positif kepada komuniti kampus serta masyarakat.


Kejayaan pasukan ini turut diperkukuh menerusi peranan Saudari Aqila Nabaha binti Khairul Azhar, Mantan Timbalan Presiden Jaringan Komuniti PEARL, yang bertindak sebagai salah seorang mentor bagi membimbing pasukan dalam membuat persediaan dan memperkemaskan pembentangan idea.


Kejayaan ini sekali gus memperlihatkan bahawa mahasiswa UniSZA bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang kepimpinan dan seni persembahan, malah berupaya meneroka ruang inovasi serta pendigitalan melalui idea yang kreatif dan berimpak.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan PEARL dan MPP atas pencapaian tersebut. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif mahasiswa yang mampu memperkasa bakat, mencetuskan inovasi dan mengangkat potensi mahasiswa UniSZA ke peringkat yang lebih tinggi.


Future Caliph, Demi UniSZA!




 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating

Laman web ini diselia oleh:

​

Pusat Kesenian dan Warisan

Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Email : pkw@unisza.edu.my

​

  • Facebook
  • Instagram

LOKASI PKW

bottom of page