top of page
Search

DEWAN PERDANA UniSZA SESAK DENGAN 1,500 ORANG MAHASISWA

7 days ago
1 min read

KUALA NERUS, 23 Oktober 2026 – Program Bumi Abidin Berselawat 3.0 anjuran Kelab Kesenian Hadi Ar-Rukban di bawah naungan Pusat Kesenian & Warisan telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan penghayatan di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), bermula pada pukul 7.00 malam hingga 11.30 malam.



Program ini menghimpunkan para pencinta selawat dalam suasana yang sarat dengan ketenangan, penghayatan rohani dan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran para pentausiyah yang menyampaikan tausiyah dan pengisian kerohanian, iaitu YBrs. Dr. Sayyid Ahmad al-Habsyi, YBrs. Dr. Habib Ahmed Mohammed Ahmed al-Haddar dan Habib Syed Matyn al-Aydrus.



Kehadiran para pentausiyah tersebut memberikan nilai tambah kepada program melalui perkongsian ilmu, nasihat dan peringatan yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam membentuk peribadi Muslim yang berakhlak mulia serta mendekatkan diri kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.


Penganjuran Bumi Abidin Berselawat 3.0 mencerminkan komitmen Kelab Hadi Ar-Rukban dalam memperkasa aktiviti kerohanian dan dakwah melalui pendekatan seni Islam, khususnya amalan selawat yang menjadi wadah penyatuan ummah. Inisiatif seumpama ini juga berperanan dalam membentuk keseimbangan pembangunan mahasiswa dari aspek intelektual, sahsiah dan spiritual.



Future Caliph, Demi UniSZA!



 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating

Laman web ini diselia oleh:

​

Pusat Kesenian dan Warisan

Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Email : pkw@unisza.edu.my

​

  • Facebook
  • Instagram

LOKASI PKW

bottom of page