


Latar Belakang
Pusat Kesenian dan Warisan atau singkatannya (PKW) mula beroperasi pada 1 Januari 2008 dengan nama Pusat Seni & Warisan (PSW) dan ditempatkan dibawah Canselori UniSZA. Walau bagaimanapun, bermula 1 Mei 2013 pusat ini telah ditempatkan dibawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) ,UniSZA.
Penubuhan PKW ini akan memperkasakan lagi UniSZA dalam bidang Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Sumbangan aktif PKW di peringkat IPTA sepanjang tahun 2008-2010 menyebabkan UniSZA dilantik menjadi Timbalan Pengerusi MAKUM IPTA (Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia) sesi 2011/2012 dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi MAKUM bagi sesi 2013/2015 buat pertama kali dalam sejarah Sekretariat MAKUM selama 3 tahun.
Sehingga kini PKW ini telah berupaya menarik minat mahasiswa-mahasiswi dan kakitangan universiti ini untuk mengembangkan lagi bakat seni dan menggunakan masa senggang mereka dengan lebih bermakna, sekaligus dapat melahirkan graduan UniSZA dan kakitangan yang seimbang rohani, jasmani, emosi dan intelek serta multi-skill. Pusat ini juga telah membantu memberi nilai tambah dan menghidupkan suasana kampus yang lebih ceria. Adalah diharapkan sumbangan PKW melalui bidang kesenian, kebudayaan dan warisan akan menjadi pelengkap ke arah memperkasakan lagi nama Universiti Sultan Zainal Abidin menjadi lebih kompetitif dan cemerlang.
Visi
Menjadi sebuah Pusat Kesenian dan Warisan yang proaktif, inovatif, prihatin dan cemerlang untuk memulihara kesenian dan warisan Terengganu.
Misi
Melahirkan graduan berilmu dan terdidik yang mempunyai kepelbagaian kebolehan dan bakat dalam ilmu kesenian dan kebudayaan.
Objektif dan Fungsi Penubuhan
Dengan bermulanya operasi Pusat Kesenian dan Warisan didalam UniSZA, ianya akan berperanan membantu Universiti Sultan Zainal Abidin ;
a) Untuk memulakan supporting activities dan soft skill dalam bidang kesenian dan kebudayaan di kalangan mahasiswa dan kakitangan UniSZA.
b) Untuk meyediakan perkhidmatan dan bantuan dalam pelaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan di kampus UniSZA.
c) Menyediakan ruang dan peluang kepada semua pelajar UniSZA yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti kelab-kelab kesenian seperti ;
-
Kelab De'Mahameru ( Muzik Rakyat / Muzik Moden).
-
Kelab Pesona Tari (Tarian Tradisional/ Rakyat / Moden / Gamelan Istana).
-
Kelab Muzik Gamelan & Angklung.
-
Kelab Citra Pusi (KERiSZ).
-
Kelab Koir.
-
Kelab Dikir Barat (Citra D'Mas).
-
Kelab Nasyid.
-
Kelab Qasidah (Hadi Ar-Rukhban).
-
Kelab Teater(Anjung Kreatif).
-
Kelab Media Seni & Pengurusan Teknikal (KMSPT)
d) Untuk membantu meningkatkan nilai apresiasi seni kepada masyarakat kampus terhadap hasil kesenian, kebudayaan dan warisan negeri Terengganu.
e) Memulakan jaringan kerjasama inter-disiplin dengan semua pihak didalam dan luar Universiti.
f) Memulakan aktiviti Penyelidikan dan persidangan dalam bidang kesenian, kebudayaan dan warisan negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.