top of page

Nobat

Sultan yang memerintah menggunakan Nobat sebagai tanda dan alat  kebesaran DiRaja. Nobat Terengganu ini berasal dari Riau dan mula digunakan sejak pemerintahan Sultan Ahmad lagi. Orang yang pertama sekali menggunakan Nobat ialah Puteri Pulau Bentan iaitu isteri kepada Demang Lebar Daun atau Telani bentan yang juga digelar dengan nama Tun Telanai.

Nobat DiRaja mengandungi sebuah Gendang Saku yang dikenali sebagai Negara, 2 buah Gendang Nobat, sebatang Nafiri, sepasang kopak-kopak dan sebatang serunai. Nafiri ini diperbuat daripada Perak manakala Serunainya pula diperbuat daripada gading yang di bahagian hujungnya diperbuat daripada Perak.

Negara dan Gendang Nobat dimainkan oleh empat orang daripada keturunan Raja pada hari istiadat. Ia mempunyai 13 lagu iaitu:

  1. Lagu Iskandar Shah

  2. Lagu Ibrahim Khalil

  3. Lagu Seri Istana (Semang)

  4. Lagu Anak Kuda Ragam / Raja Beradu

  5. Lagu Seri Istana

  6. Lagu Petang Khamis

  7. Lagu Palu-Palu Melayu

  8. Lagu Lapan

  9. Lagu Petang Jumaat

  10. Lagu Palu-Palu Nigiri

  11. Lagu Petang Khamis Perak

  12. Lagu Arak Arak

  13. Lagu Perang

Bagaimanapun tiga buah lagu yang selalu dimainkan dalam Istiadat di Singgahsana ialah:

  1. Lagu Iskandar Shah

  2. Lagu Ibrahim Khalil

  3. Lagu Seri Istana

Nobat dimainkan pada tiap-tiap hari, pagi dan petang, semasa berlangsungnya Istiadat Perkahwinan DiRaja dan pada waktu-waktu tertentu. Ia dimainkan pada tiap-tiap petang sebelum berbuka puasa pada bulan Ramadhan dan petang Aidilfitri dan Aidiladha. Nobat turut dimainkan pada tiap-tiap hari Khamis (petang Jumaat) di Istana.​

Duli Yang Maha Mulia Alhamrhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah menerima kembali Nafiri asal istana Sultan Terengganu yang telah dikembalikan oleh keluarga Tengku Hamid bin Tengku Mansur yang berasal dari Singapura pada 17 Mac 1990.

Pusat Kesenian dan Warisan

Universiti Sultan Zainal Abidin,

Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus,

Terengganu Darul Iman.

Email : pkw@unisza.edu.my

Laman web ini diselia oleh:

Pusat Kesenian dan Warisan

Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Email : pkw@unisza.edu.my

Tel: 09-668 8768

  • Facebook
  • Instagram

LOKASI PKW

bottom of page