top of page
Search

MAHASISWA UniSZA NAIB JOHAN DENDANGAN SYAIR GMK 2026!

7 days ago
1 min read

KUANTAN, 24 Oktober 2026 – Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Zaem Akhtar bin Mohd Yazid, mengharumkan nama universiti apabila berjaya meraih Naib Johan Pertandingan Dendangan Syair sempena Malam Kemuncak Gema Melayu Klasik (GMK) 2026 Peringkat Kebangsaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan, Pahang.


Kejayaan ini membuktikan keupayaan mahasiswa UniSZA dalam menghayati dan mengangkat seni warisan Melayu, khususnya seni dendangan syair yang menampilkan keindahan bahasa, kelembutan pengucapan serta nilai estetika sastera tradisional.


Pencapaian membanggakan ini turut mencerminkan komitmen mahasiswa dalam memastikan seni warisan Melayu terus dipelihara, dihargai dan diwariskan kepada generasi akan datang.



Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) UniSZA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Zaem Akhtar atas kejayaan yang diraih. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus menggilap bakat, melestarikan khazanah budaya bangsa dan mengharumkan nama UniSZA di persada seni kebangsaan.

Tahniah, Muhammad Zaem Akhtar! Teruskan mendendang, teruskan mewariskan!


Future Caliph, Demi UniSZA!


 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating

Laman web ini diselia oleh:

​

Pusat Kesenian dan Warisan

Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Email : pkw@unisza.edu.my

​

  • Facebook
  • Instagram

LOKASI PKW

bottom of page