


SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI
Pusat Kesenian dan Warisan
Seni Islami Rasa Alami


Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung laman web Pusat Kesenian dan Warisan, Universiti Sultan Zainal Abidin.
Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia Allah SWT, Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) berhasil menyusun semula laman web ini dengan wajah baharu sesuai dengan peredaran masa kini. Menyedari akan kepentingan laman ini sebagai wadah untuk PKW mendekatkan diri dengan pelajar, komuniti UniSZA dan masyarakat, pelbagai info berkaitan PKW dipaparkan bagi memudahkan orang awam melayari dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan kesenian dan kebudayaan yang kami ketengahkan. Maklumat yang dipaparkan di dalam portal ini diharapkan dapat memenuhi keperluan pengunjung dalam memperoleh maklumat terkini yang dipaparkan dari semasa ke semasa berkaitan peranan PKW dalam membimbing pelajar dengan kemudahan serta fasiliti yang tersedia untuk mereka beraktiviti dan berkarya.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Ilmu dan Akhlak"
Prof. Madya Dr.Sahar Sa'di bin Hashim
Pengarah