top of page

Program Pemantapan Pantun Dondang Sayang Peringkat Kebangsaan UTeM-MAKUM 2023


MELAKA, 28 Mei 2023 – Kelab Kasawari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan Institut Warisan Melaka telah menganjurkan Program Pemantapan Pantun Dondang Sayang Peringkat Kebangsaan UTeM - MAKUM 2023. Program ini disertai beberapa buah universiti awam dengan penglibatan seramai 40 orang pelajar dan UniSZA tidak ketinggalan menghantar wakil ke sana untuk mengambil bahagian.


Turut terlibat bekerjasama dalam program ini ialah ikon dan tokoh-tokoh seni yang sudah lama bergiat aktif dalam dunia seni iaitu YBhg. Datuk Mohd Baharim Bin Sharip, Tokoh Orang Hidup Warisan Kebangsaan Dondang Sayang, Encik Abdul Razak Bin Mohd Said, Penggiat Seni Dondang Sayang Negeri Melaka, Tuan Haji Idriss Bin Haji Sariff, Ketua Unit Muzik Institut Warisan Melaka dan Puan Norliza Binti Haji Md Yamin, Tokoh Penggerak Budaya Negeri Melaka.


Program ini menerapkan semula sejarah seni dondang sayang, teknik berdondang sayang secara spontan yang merangkumi pemerkasaan muzik warisan mengunakan instrumen asas seperti rebana, accordion, dan gong. Selain itu, pelajar juga turut diajar asas penciptaan pantun dan pengaplikasian seni pantun dalam nyanyian dondang sayang mengunakan tempo muzik yang tradisional dan moden.



Majlis Perasmian Penutup bagi Program Pemantapan Pantun Dondang Sayang Peringkat Kebangsaan UTeM - MAKUM 2023 telah dihadiri oleh YB Tuan Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi & Komunikasi Digital Negeri Melaka, YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Bin Mohammad Shariff Timbalan Naib Canselor (HEPA) UTeM, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM merangkap Pengerusi MAKUM, barisan Pegawai MAKUM dan ahli Sekretariat MAKUM serta para peserta program.










7 views

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page