top of page

UNISZA DAN HUSA NETWORK SDN. BHD. METERAI MOU, BAKAL MEWUJUDKAN MAHASISWA BERKEMAHIRAN DIGITAL.

Terdahulu PKW telah mewujudkan satu platform bagi menggarap bakat-bakat terpendam staf dan pelajar dalam bidang penyiaran menerusi radio internet Pesona fm yang kini telah melangkah setapak ke hadapan.


Pesona fm merupakan radio internet universiti yang mempunyai konti radio yang lengkap dengan sistem teknikal asas selaras dengan kepenggunaan bukan profesional namun ianya sudah memadai dan kini dikendalikan oleh pelajar-pelajar Kelab Media Seni UniSZA yang begitu meminati bidang penyiaran. UniSZA telah menandatangani MoU dengan Husa Network Sdn. Bhd sebagai tanda mencapai kata sepakat dalam menjalinkan beberapa program bekerjasama yang berimpak tinggi.


Husa Network Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat pengendali stesen radio yang bersiaran 24 jam sehari menerusi platformnya yang dikenali sebagai Manis FM. Berbekalkan kepakaran dan senioriti dalam industri penyiaran selama 23 tahun, kami yakin Manis FM mampu untuk bekerjasama dengan kami menerusi pertukaran dan perkongsian kepakaran, teknikal, konsultansi, penganjuran bersama dalam mengadakan seminar, bengkel serta kursus dalam bidang kesenian dan penyiaran.


Gambar: Penyerahan dokumen MoU antara Naib Canselor UniSZA dan Pengurus Besar Manis FM, disaksikan oleh Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu; Dato ‘ Yahaya Ali dan Pendaftar UniSZA.

Pengurus Besar Manis FM; Yang Berusaha En.Ozarizan bin Mohd. Nor berkata, beliau begitu teruja dengan kewujudan konti radio yang cukup praktikal dan selesa untuk pelajar bergiat aktif dalam bidang penyiaran dan berharap akan meneruskan legasi ini menerusi menandatangani MoA dengan UniSZA kelak.


Majlis MoU yang berlangsung pada 21 Mac 2021 ini cukup bermakna dan sederhana turut disaksikan oleh Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu; Dato ‘ Yahaya Ali, Naib Canselor UniSZA; Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang bin Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor HEPA; Prof. Dr. mohd. Afandi Salleh dan Pendaftar UniSZA; Ismail Musa.


1 view

Laman web ini diselia oleh:

Pusat Kesenian dan Warisan

Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Email : pkw@unisza.edu.my

Tel: 09-668 8768

  • Facebook
  • Instagram

LOKASI PKW

bottom of page