Pada zaman globalisasi kearah pendigitalan kini melihatkan segala urusan dijalankan secara atas talian (online). Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengambil inisiatif dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar universiti dengan melaksanakan KEMPEN KAMPUS TANPA TUNAI - UniSZA Cashless Campus. Kempen anjuran Kelab Media Seni dan Pengurusan Teknikal (KMSPT) UniSZA Bersama Pesona fm ini dilaksanakan dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniSZA (HEPA UniSZA), Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sesi 2021/2022 (MPP UniSZA), MARIM Student Chapter UniSZA (MSC UniSZA) dan Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional.
Program yang berlangsung pada 19 Januari 2023 sehingga 20 Februari 2023 ini telah berjaya mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam menghasilkan video-video dan poster-poster menarik menerusi penggunaan aplikasi terkini telefon pintar sejajar dengan matlamat universiti dalam mendepani pendigitalan univerisiti. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat 3 pertandingan yang telah dianjurkan iaitu Kuiz Bersama Pesona fm, Pertandingan Digital Poster Kreatif dan Video Pendek Cashless Campus.
Bagi ‘Pertandingan Kuiz Bersama Pesona fm, pemanggil terpantas dan tepat dimenangi oleh Aisyatul Athirah binti Harun, Shera Diana binti Eddie Pos @ Idrus dan Ahmad Solihin bin Sahlan. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50.00.
Bagi Pertandingan Poster Digital Kreatif pula; Johan menjadi milik Farah Nabila binti Mohd Suhaimi, Naib Johan; Mujahidin Hasnanul Bisri dan tempat ke-3 dimenangi oleh Nur Aina Farahim binti Suhaimi. Bagi pertandingan Video Pendek Kreatif pula, Johan menjadi milik Fitri Viona, Naib Johan; Muhammad Nazmi bin Khirul Anwar diikuti tempat ke-3 ;Umar bin Mahmmoud El-Qudaffy, tempat ke-4 Farah Nabila binti Mohd Suhaimi dan Muhammad Aliff bin Jamani di tempat ke-5.
Comments