top of page

PKW Menerima Baik Pelan Strategik UniSZA (PSU).

02 September 2024 l Isnin



Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) telah menerima kunjungan YBhg. Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor (HEPA) pada hari ini jam 3.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, PKW.

Sesi kunjungan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman dan pelaksanaan Pelan Strategik UniSZA (PSU) di peringkat PKW.

YBhg. Dato’ telah memberikan penerangan serta peringatan dalam pelbagai senario bagaimana sesuatu perancangan dan gerak kerja di PKW dapat disasarkan ke arah pencapaian yang lebih mampan dalam salah satu Strategi Teras PSU iaitu Hero Komuniti.

Turut hadir bersama adalah Encik Wan Shahrin Azwan bin Wan Sulaiman, Penolong Pendaftar Kanan, PTNC HEPA.

Warga PKW mengucapkan jutaan terima kasih atas sesi kunjungan ini dan pastinya ia telah memberikan satu kefahaman yang sangat jelas mengenai PSU di setiap peringkat perjawatan.


1 view

Σχόλια

Βαθμολογήθηκε με 0 από 5 αστέρια.
Δεν υπάρχουν ακόμη βαθμολογίες

Προσθέστε μια βαθμολογία
bottom of page