top of page

PERSEMBAHAN QASIDAH SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YAB KETUA MENTERI SABAH

Updated: May 24, 2023

Rabu, 12 April 2023, kumpulan Qasidah Hadi Ar-Rukban Pusat Kesenian & Warisan (PKW), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah dijemput untuk membuat persembahan di Pusat Konvokesyen Taman Tamadun Islam bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Ketua Menteri Sabah yang dianjurkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.


Majlis tersebut bermula selepas solat Asar. Seterusnya, diikuti dengan sesi dialog di antara Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN), Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Yayasan Kebajikan Sabah, dan Kumpulan Yayasan Sabah (YS). Majlis diteruskan lagi dengan ketibaan dif-dif jemputan dan diikuti dengan ceramah serta bacaan doa. Setelah itu, majlis berbuka puasa pun berlangsung dan diserikan dengan alunan qasidah yang dipersembahkan oleh Kumpulan Qasidah Hadi Ar-Rukban UniSZA. Seramai 11 orang ahli kelab qasidah yang terlibat dalam membuat persembahan di majlis tersebut. Antara qasidah yang dilantunkan adalah Ya Asyiqol Mustofa, Pohon Asal Bagi Sekalian Cahaya, Assubhu Bada, Nazom Fikir dan Ya Thoyba.




0 views

Laman web ini diselia oleh:

Pusat Kesenian dan Warisan

Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Email : pkw@unisza.edu.my

Tel: 09-668 8768

  • Facebook
  • Instagram

LOKASI PKW

bottom of page