top of page

PERSEMBAHAN QASIDAH BAGI PROGRAM TAUTAN MAHABBAH UNIT BAHASA ARAB UNISZA

Sabtu, 8 April 2023, kumpulan Qasidah Hadi Ar-Rukban Pusat Kesenian & Warisan (PKW), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah dijemput untuk membuat persembahan di Masjid UniSZA bersempena dengan Program Tautan Mahabbah yang dianjurkan oleh Unit Bahasa Arab Fakulti Bahasa dan Komunikasi dengan kerjasama Pusat Islam UniSZA dan Institut Pendidikan Guru Batu Rakit.


Majlis tersebut bermula pada jam 10 pagi bagi sesi pendaftaran. Kemudian, diikuti dengan bacaan doa dan ceramah mengenai Mental Health from Islam perspectif yang disampaikan oleh Dr. Mohd Fadzhil bin Mustafa. Program tersebut diteruskan dengan tadarus al-Quran sehinggalah masuknya waktu zohor. Seusai solat Zohor secara berjemaah, saudara Azrul Hafiz dan Ustaz Amir Syakirin telah mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran serta diikuti dengan majlis khatam al- Quran sehingga menjelang waktu asar.


Setelah itu, majlis perasmian penutup berlangsung dan dirasmikan oleh Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Majlis penutup tersebut diserikan lagi dengan bacaan qasidah yang dibawa oleh kumpulan Qasidah Hadi Ar-Rukban, Seramai 4 orang ahli kelab qasidah yang terlibat dalam membuat persembahan di program tersebut. Antara qasidah yang dilantunkan adalah Khalidu Bil Quran, Ramadhan Tajalla, Qasidah The Only One dan Selawat Tafrijiyyah.




0 views

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page