top of page

PERSEMBAHAN DI MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

Khamis, 2 Februari 2023, kumpulan Qasidah Hadi Ar-Rukban Pusat Kesenian dan Warisan (PKW), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah dijemput untuk membuat persembahan di blok Umar 1 dan Umar 2, UniSZA Kampus Gong Badak bersempena dengan peperiksaan akhir Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi.


Majlis tersebut dimulakan dengan Solat Maghrib, Solat Sunat Hajat dan Bacaan Yaasin, diikuti dengan ceramah daripada Ustaz Shahrizal. Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan bacaan Al-Mulk serta diserikan lagi dengan alunan qasidah yang dipersembahkan oleh Kumpulan Qasidah Hadi Ar-Rukban. Seramai sembilan orang ahli kelab qasidah terlibat dalam membuat persembahan di majlis tersebut. Antara qasidah yang dilantunkan adalah Humko bulana, Busyrolana, Pohon Asal bagi Sekalian Cahaya dan Ya Hanana.





1 view

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page