top of page

PERSEMBAHAN BAGI MAJLIS IFTAR PERDANA DAN PERASMIAN PENUTUPAN IHYA' RAMADHAN FAKULTI BAHASA DAN KOMU

Rabu, 5 April 2023, kumpulan Qasidah Hadi Ar-Rukban Pusat Kesenian & Warisan (PKW), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah dijemput untuk membuat persembahan di Dewan Al-Muktafi Billah Shah UniSZA bersempena dengan Majlis Iftar Perdana dan Perasmian Penutupan Program Ihya' Ramadhan Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi.


Majlis tersebut bermula selepas solat Asar secara berjemaah dan seterusnya diikuti dengan Majlis khatam al- Quran sehingga menjelang waktu maghrib. Kemudian, diteruskan lagi dengan majlis Iftar Jamie dan solat maghrib secara berjemaah. Majlis disempurnakan lagi dengan penyampaian tausiah daripada pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta diserikan dengan alunan qasidah yang dipersembahkan oleh Kumpulan Qasidah Hadi Ar-Rukban. Seramai 8 orang ahli kelab qasidah yang terlibat dalam membuat persembahan di majlis tersebut. Antara qasidah yang dilantunkan adalah Ya Asyiqol Mustofa , Ya Habibal Qalbi, Rindu Madinah dan Ya Hanana.






0 views

Laman web ini diselia oleh:

Pusat Kesenian dan Warisan

Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Email : pkw@unisza.edu.my

Tel: 09-668 8768

  • Facebook
  • Instagram

LOKASI PKW

bottom of page