top of page

Perancangan Program Kesenian dan Kebudayaan Bersama Pengarah dan Pentadbiran UniSZA Kampus Besut.

03 September 2024 l Selasa



Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA menghadiri mesyuarat perancangan program kesenian dan kebudayaan di Kampus Besut pada hari ini jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Biruni, Kompleks Akademik dan Pentadbiran UniSZA Kampus Besut.


Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Khairul Amri bin Kamarudin, Pengarah UniSZA Kampus Besut. Turut hadir pegawai-pegawai pengurusan kampus Besut. Antara perkara yang dibincangkan adalah kaedah pelaksanaan kenalpasti bakat pelajar, bengkel seni dan program kesenian secara berkala yang akan dilaksanakan kelak.


Menurut Pengarah UniSZA Kampus Besut, beliau amat mengalu-alukan program yang berbentuk kesenian di situ kerana ia bukan sahaja dapat memberikan suasana kampus yang ceria bahkan melahirkan mahasiswa/i yang lebih berkemahiran dan berbakat dalam apa jua bidang seni yang mereka minati.

Mesyuarat ditangguh dan diakhiri dengan lawatan di sekitar Bangunan Pentadbiran Pejabat Pengarah Kampus Besut.



0 views

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page