top of page

Lawatan Kunjungan Hormat Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCOEE) ke UniSZA.


18 Julai 2024 (Khamis) @ PKW


Melakar kerjasama bersama UniSZA melalui PTNC HEPA, Pusat Kesenian dan Warisan bertugas untuk menyantuni Kunjungan Hormat Faizuddin Centre Of Educational Excellence (FCoEE) ke UniSZA pad 18 Julai 2024 baru-baru ini. Lawatan penanda aras ini merupakan suatu usaha FCoEE dalam membina hubungan kerjasama dua hala antara pihak FCoEE dan UniSZA dalam penganjuran program AI Summer Camp, University Tour, Zon Timur. FCoEE juga turut mengadakan sesi lawatan tapak ke Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar ( KKKP) dan juga Perpustakaan Al Wathiqu Billah (PWB) bagi melihat fasiliti yang disediakan seperti kawasan asrama dan tempat penginapan, dewan utama, dewan makan dan juga makmal pembelajaran interaktif.


Di pihak UniSZA, perbincangan ini diterajui oleh Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff selaku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Turut hadir bersama adalah Pengarah, Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan, Ketua Pustakawan dan wakil Pengarah Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar.



1 view

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page