09 Ogos 2024 l Jumaat
Satu kunjungan hormat ke JKKN Sabah yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA) UniSZA telah berjaya dilaksanakan pada hari ini bertempat di Kompleks JKKN, Kota Kinabalu. Turut hadir adalah Pengarah Pusat Kesenian & Warisan dan 3 orang mahasiswa UniSZA daripada Persatuan Kebudayaan Anak Borneo (PKAB).
Perbincangan di antara kedua pihak berkisar perihal beberapa aspek penglibatan mahasiswa/i dalam bidang kebudayaan terutamanya bagi PKAB.
Antara rumusan yang dapat dicapai adalah:
1. JKKN Sabah membuka ruang untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan dalam penganjuran aktiviti PKAB di kampus dan ketika mahasiswa bercuti di Sabah.
2. JKKN Sabah mencadangkan PKAB merintis jalan untuk berdaftar melalui ROS agar bantuan kewangan dapat dipertimbangkan melalui Geran Sokongan Sektor Kebudayaan.
3. Peluang untuk menjalankan ’internship’ di JKKN.
4. ’Peluang ’attachment’ mahasiswa dan kakitangan di kedua organisasi.
Semoga kunjungan hormat ini bakal membuka satu ruang kerjasama yang lebih erat di masa hadapan demi manfaat mahasiswa/i UniSZA.
Comentarios