top of page

PERSEMBAHAN NASYID KELAB MUNSYEED PKW MENCERIAKAN PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN HP UniSZA.

Updated: May 24, 2023

Pada hari Ahad, 26 Mac 2023, seramai lima orang ahli Kelab Munsyeed di bawah naungan Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) UniSZA, telah dijemput untuk mengadakan persembahan nasyid bagi program perhimpunan bulanan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin.


Program bertempat di Dewan Auditarium Al Zahrawi dan berlangsung selama kira-kira 2 jam, bermula pada jam 2.15 petang dan tamat pada pukul 4.15 petang . Mereka telah menyampaikan dua buah nasyid bertajuk Pesona Ramadhan dan Seindah Sabar yang berdurasi kira kira 15 minit. Setelah selesai persembahan, mereka telah diberikan cenderahati oleh pihak penganjur sebagai tanda penghargaan .



0 views

Commentaires

Noté 0 étoile sur 5.
Pas encore de note

Ajouter une note
bottom of page