top of page

HADI AR-RUKHBAN DI MEMERIAHKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PERSATUAN AL-QURAN DAN AS SUNNAH.

Updated: May 24, 2023

Ahad, 1 Januari 2023, sebuah majlis gilang gemilang telah diadakan bertempat di Dewan Al-Muktaffi Billah Shah iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan Persatuan Al-Quran dan As Sunnah bagi meraikan kejayaan cemerlang para pelajar Persatuan Al-Quran dan Al-Sunnah. Dalam pada itu, Kelab Munsyeed telah menerima jemputan bagi membuat persembahan nasyid pada malam tersebut.


Beberapa wakil Kelab Munsyeed telah memenuhi jemputan tersebut dengan baik pada malam tersebut dengan mempersembahkan dua buah lagu bertemakan ketuhanan dengan berlatar belakangkan susunan muzik asal yang bertajuk Sebuah Pertemuan dan Erti Syukur. Pihak kelab berasa berbesar hati dapat memenuhi jemputan ini bagi memeriahkan majlis pada malam bersejarah tersebut.



0 views

Kommentare

Mit 0 von 5 Sternen bewertet.
Noch keine Ratings

Rating hinzufügen
bottom of page