top of page

BENGKEL QASIDAH 2021


Kelab Qasidah Hadi Ar-Rukban juga baru-baru ini telah mengadakan Bengkel Qasidah 2021 yang dipecahkan kepada Bengkel Seni Suara dan Bengkel Alat Muzik. Bengkel ini dilaksanakan secara maya selama empat sesi iaitu pada tarikh 12 Mac 2021, 26 Mac 2021, 2 April 2021 dan 9 April 2021 dengan menjemput jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dalam seni qasidah antaranya Kumpulan Al-Mawlid Brothers, Kumpulan Darbuka Kedah dan Saudara Sodeeq Subri. Di samping itu, Kelab Qasidah Hadi Ar-Rukban juga telah mengadakan program maulid di Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA pada setiap bulan sebagai aktiviti rutin bagi kelab ini. Hadi Ar-Rukban juga turut memenuhi jemputan luar seperti majlis-majlis selawat dan kenduri-kendara serta majlis-majlis formal.







1 view

Laman web ini diselia oleh:

Pusat Kesenian dan Warisan

Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Email : pkw@unisza.edu.my

Tel: 09-668 8768

  • Facebook
  • Instagram

LOKASI PKW

bottom of page